AADK Dang Wangi musnah ‘port’ hisap dadah
KUALA LUMPUR 12 April - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Dang Wangi hari ini ‘membersihkan’ sebuah kawasan setinggan dipercayai menjadi sarang penagih melepas gian di sekitar Kampung Baru, di sini.
Ketua Pegawai AADK Dang Wangi, Muhammad Hanif Omar berkata, usaha itu adalah komitmen pihaknya bagi memerangi gelaja tidak sihat itu.
Ketua Pegawai AADK Dang Wangi, Muhammad Hanif Omar berkata, usaha itu adalah komitmen pihaknya bagi memerangi gelaja tidak sihat itu.
“Operasi secara bersepadu hari ini turut disertai beberapa agensi lain termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya ketika ditemui dalam Operasi Memusnahkan Kawasan Penagihan Dadah menerusi Program My Beutiful Malaysia (MBM). - UTUSAN ONLINE
ANGGOTA penguat kuasa DBKL menjalankan kerja-kerja meroboh pondok yang dibina sebagai tempat melepaskan gian menggunakan jentolak di Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini. UTUSAN/ZAKARIA IDRIS
Comments
Post a Comment