Posts

Showing posts from May, 2017

Remaja Perempuan 16 Tahun Dirogol Kenalan Rakan Di Miri.

MIRI: Keghairahan seorang remaja perempuan keluar bersama seorang kenalan menaiki sebuah motosikal berakhir tragedi apabila dirogol teman dikenalinya melalui seorang kawan perempuan.     Kejadian didakwa berlaku pada awal pagi, 13 Mac lalu di sebuah pondok di kawasan pantai Lutong di sini.     Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat mangsa, 15, di Balai Polis Lutong.  Dalam aduannya, mangsa juga pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di sini mendakwa sekitar jam 10 malam, 12 Mac lalu, dia bersama seorang kawan perempuan, 15, telah keluar bersama dua orang lelaki merupakan rakan kepada kawan perempuannya itu. Mangsa membonceng motosikal ditunggang seorang lelaki hanya dikenali sebagai ‘Am,’ manakala kawannya membonceng sebuah motosikal lain.     Sekitar jam 12.05 pagi, 13 Mac lalu, mangsa telah dibawa oleh kenalannya itu ke sebuah pondok di pantai Lutong sebelum dirogol.     Mangsa t...

Disamun Dalam Penyamaran Dengan Guna Taktik Ejen Hartanah.

Marudi : Seorang suri rumah berusia 59 tahun mengalami kerugian RM 2000 apabila mangsa disamun 4 lelaki  yang tidak dikenali di kediamannya di rumah e-Kasih Jalan Bintulu / Miri, Bukit Song Bakong.     Ketua Polis Daerah Baram DSP Gabriel Risut mengesahkan kejadian tersebut berlaku pada pukul 9.00 pagi semalam. Katanya, mangsa dikenali Rabia Anak Abang mendakwa 4 lelaki (3 warga Indonesia dan seorang berbangsa Cina) menaiki sebuah kereta Toyota Hilux.      Dalam kejadian tersebut sebelum disamun, suspek bertanya kepada mangsa mengenai pembelian tanah dan selepas itu salah seorang suspek kemudiannya menolak mangsa sehingga jatuh dan menampar mangsa sebanyak 2 kali di bahagian pipi sebelah kiri sehingga berdarah. Kemudian menarik rantai emas yang dipakai mangsa sehingga leher pengadu mengalami kesakitan dan melarikan diri untuk memecut kereta ke arah Bintulu.     Sehubungan itu, modus operandi jenayah mereka ialah berpura-pura s...