Disamun Dalam Penyamaran Dengan Guna Taktik Ejen Hartanah.
Marudi : Seorang suri rumah berusia 59 tahun mengalami kerugian RM 2000 apabila mangsa disamun 4 lelaki yang tidak dikenali di kediamannya di rumah e-Kasih Jalan Bintulu / Miri, Bukit Song Bakong.
Ketua Polis Daerah Baram DSP Gabriel Risut mengesahkan kejadian tersebut berlaku pada pukul 9.00 pagi semalam. Katanya, mangsa dikenali Rabia Anak Abang mendakwa 4 lelaki (3 warga Indonesia dan seorang berbangsa Cina) menaiki sebuah kereta Toyota Hilux.
Dalam kejadian tersebut sebelum disamun, suspek bertanya kepada mangsa mengenai pembelian tanah dan selepas itu salah seorang suspek kemudiannya menolak mangsa sehingga jatuh dan menampar mangsa sebanyak 2 kali di bahagian pipi sebelah kiri sehingga berdarah. Kemudian menarik rantai emas yang dipakai mangsa sehingga leher pengadu mengalami kesakitan dan melarikan diri untuk memecut kereta ke arah Bintulu.
Sehubungan itu, modus operandi jenayah mereka ialah berpura-pura sebagai ejen hartanah.
Gabriel mengingatkan orang ramai agar terus menghubungi pihak polis sekiranya melihat kenderaan yang mencurigakan di kawasan tempat tinggal mereka dan jangan melayan mereka yang berpura-pura bertanya mengenai penjualan pembelian dan penjualan tanah.
Taktik ini tegasnya digunakan oleh penjenayah untuk melekakan mangsa sebelum bertindak meragut rantai emas yang mereka pakai.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya terus berhubung dengan balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut jika melihat orang yang mencurigakan.
Utusan Sarawak.

Comments
Post a Comment