Remaja Perempuan 16 Tahun Dirogol Kenalan Rakan Di Miri.
MIRI:
Keghairahan seorang remaja perempuan keluar bersama seorang kenalan
menaiki sebuah motosikal berakhir tragedi apabila dirogol teman
dikenalinya melalui seorang kawan perempuan.
Kejadian didakwa berlaku pada awal pagi, 13 Mac lalu di sebuah pondok di kawasan pantai Lutong di sini.
Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat mangsa, 15, di Balai Polis Lutong.
Dalam
aduannya, mangsa juga pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah
di sini mendakwa sekitar jam 10 malam, 12 Mac lalu, dia bersama seorang
kawan perempuan, 15, telah keluar bersama dua orang lelaki merupakan
rakan kepada kawan perempuannya itu.
Mangsa
membonceng motosikal ditunggang seorang lelaki hanya dikenali sebagai
‘Am,’ manakala kawannya membonceng sebuah motosikal lain.
Sekitar jam 12.05 pagi, 13 Mac lalu, mangsa telah dibawa oleh
kenalannya itu ke sebuah pondok di pantai Lutong sebelum dirogol.
Mangsa turut mendakwa ditumbuk dan ditampar di bahagian muka, dicekik
lehernya dan ditanggalkan pakaian secara paksa sebelum dirogol lelaki
terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, ACP Khoo Leng Huat dalam
kenyataan medianya semalam mengesahkan ada menerima laporan polis
berhubung kejadian itu.
“Bertindak atas maklumat diterima, pada jam 2.20 petang kelmarin di
kaki lima sebuah bengkel di Lorong 6, Jalan Pujut-Miri, sepasukan polis
diketuai ASP Unang Giang telah menangkap seorang lelaki kerana disyaki
terlibat dalam kes ini.
“Berikutan tangkapan itu, suspek yang berusia 19 tahun dari Piasau
Utara di sini kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan
lanjut.
Sehubungan itu menurut Khoo, kes akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. -Sarawakiana.
Comments
Post a Comment